Tujuh (7) Sebab Mengapa Simpan Emas


Kenapa Anda Mesti Simpan Emas Sekarang !




Emas bukan sahaja boleh dijadikan sebagai simpanan yang menguntungkan malahan boleh dijadikan pelaburan jangka masa panjang untuk kegunaan ketika memerlukannya nanti. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan politik dunia yang sering bergolak hanya emas sahaja boleh dijadikan Penyelamat dan Pelindung kekayaan kita.

Tujuh (7) sebab mengapa kita perlu jadikan Emas sebagai Simpanan dan Pelaburan:

1. Emas Mengekalkan Kuasa Belinya.
2. Emas adalah Pelindung Inflasi.
3. Emas Sebagai Penyelamat Nilai Kewangan
4. Anda Kuasai Aset Emas.
5. Emas Mudah di Cairkan.
6. Emas Aset Mudah Alih.
7. Tidak boleh di Manipulasikan


1. Emas Mengekalkan Kuasa Belinya.


Teori 1 Dinar boleh beli seekor kambing semasa zaman Rasulullah 1400 tahun dahulu menguatkan keyakinan saya bahawa emas mengekalkan kuasa belinya sehingga ke hari ini. Tahu tak hari ini, kalau anda mempunyai 1 Dinar emas snda masih boleh beli seekor kambing. Setelah saya faham akan keistimewaan Emas saya tidak toleh ke belakang lagi untuk terus simpan emas. Saya disiplin diri dan terus menyimpan secara konsisten setiap bulan paling sikit 1 gram 1 bulan.

Saya dah tak perlu risau dan bimbang samada harga emas akan naik atau turun. Jika harga emas turun atau sedang rendah saya akan tambah lebih gram emas dan jika harga emas tinggi saya lagi tersenyum. Jika sekiranya saya dapat wang lebihan seperti bonus atau dapat keuntungan dari perniagaan, saya akan gandakan simpanan saya 50% dari duit bonus tersebut untuk tukarkan kepada Emas ‘Gold Bar’ atau ‘Dinar’.



2. Emas adalah Pelindung Inflasi.

Inflasi telah merompak nilai mata wang. Emas adalah penyelamat inflasi dan kejatuhan nilai mata wang.





Inflasi akan membuat harga makanan, barangan dan perkhidmatan naik harga. Cuba lihat berapakah harga Roti Prata dahulu dan sekarang? Agak-agak dalam masa satu atau dua tahun dari sekarang berapa pula harganya?

Yang pasti harganya tentu akan naik dan bukan itu sahaja harga minyak makan, beras, gula, tepung, minyak petrol, khidmat gunting rambut dan banyak lagi barang2 dan perkhidmatan akan naik harga.

Untuk jangka masa yang panjang, emas telah terbukti dapat mengekalkan kuasa beli sebenar seperti teori kambing. Emas bertindak sebagai pelindung inflasi jangka masa panjang dan emas sentiasa bernilai.

Harga emas meningkat secara global kerana akan sentiasa wujud nisbah pertukaran antara emas dan mata wang dan di seluruh dunia emas dinilai sebagai mata wang.

Dalam pasaran bebas, harga emas sebenarnya adalah isyarat jangkaan inflasi masa depan, dan emas dikenali sebagai barometer inflasi.


3. Emas sebagai Penyelamat Nilai Kewangan.

Sejarah telah berulang kali apabila belakunya kebimbangan mengenai ketidaktentuan politik dan ekonomi terutama sekali di Amerika dan Eropah. Pelabur akan berpindah kepada emas sebagai aset paling selamat ‘Save Haven’.

Pelabur lebih berminat kepada aset yang lebih selamat kerana mereka bimbang bahawa ketidakstabilan politik boleh membawa kehancuran kepada pasaran kewangan.




4. Anda kuasai Aset Emas.

Emas adalah simbol kekayaan. Orang yang ada banyak emas digelar orang kaya.

Harga emas tidak pernah murah. Ia samada mahal, lebih mahal atau sangat mahal. Melihat emas yang mahal dari kacamata seorang pembeli membuatkan seseorang susah untuk membeli emas. Tapi jika emas yang mahal dilihat dari kacamata seorang “pemilik”, maka secara semulajadi semua orang mahu memiliki sesuatu yang mahal.

Seseorang yang memiiki emas, akan sentiasa berubah nilai kekayaannya. Uniknya dengan emas, jika harga turun, orang yang celik emas akan membelinya untuk “mengumpul” kekayaan. Jika harga naik pula, dia akan tersenyum kerana nilai kekayaannya pula telah meningkat.

Gram yang sama – sebagai contoh 250 gram – mungkin setahun yang lepas bernilai $12,200. Tapi pada hari ini, gram yang sama juga menjadikan seseorang yang memilikinya lebih kaya iaitu pertambahan $3,000 kepada $15,200.

Inilah makna kekayaan yang boleh dibeli. Seseorang boleh membeli kekayaan dengan membeli emas. Ia sama sekali menafikan persepsi kita bahawa banyak duit itu kaya. Duit walaupun banyak pada nombor dan kepingan, ia sebenarnya tidak menambahkan kekayaan.

Jika kaya diukur dari sudut banyaknya nombor dan kepingan wang tunai, sudah pasti kita telah menjadi kaya dengan memiliki WANG DI BAWAH INI!




5. Emas Mudah dicairkan.

Emas itu Duit – Tapi Duit Bukan Emas

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai berbanding Aset seperti hartanah, saham, bond dan lain2

Pada bila-bila masa jika kesuntukan wang, anda boleh samada menjual atau menggadai emas kepunyaan anda. Emas sangat bernilai, boleh dikatakan kebanyakkan kedai emas boleh beli kembali emas anda dan tukarkan kepada tunai.



Anda juga boleh menggadai emas anda kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda.


Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.


6. Emas Aset Mudah Alih.

Emas merupakan aset fizikal yang mudah alih malahan kekayaan emas boleh dipindah milik dengan sangat mudah dan cepat dari Generasi ke Generasi.

Untuk pindah milik Emas anda tidak perlu ada dokumentasi surat menyurat atau daftar di pejabat kerajaan. Berbanding dengan aset seperti hartanah untuk tukar milik anda memerlukan dokumentasi, khidmat peguam dan kelulusan pejabat tanah dan mengambil masa mungkin antara 6 hingga 9 bulan.

Emas adalah aset yang tiada ‘tertulis’ hanya anda sahaja yang tahu berapa banyak simpanan Aset emas anda. Kerajaan tidak mungkin tahu berapa kilo simpanan emas anda, kecuali diri anda sendiri. Malahan orang yang bankrup pun boleh menyimpan emas.


7. Tidak boleh di Manipulasikan

Salah satu keistimewaan emas ialah sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Oleh itu emas tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.


Berbeza dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Penambahan ‘pencetakkan’ bekalan mata wang secara melulu akan membawa kepada inflasi, iaitu peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Apabila harga barang-barang dan perkhidmatan naik, harga emas juga akan turut naik untuk menyesuaikan dan mengimbangi kenaikan harga.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas sebagai wang. Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.


Admin nak jemput tuan/puan untuk join wasap group 


📌 Call / Whatsapp : 013-413 8542 / 


📌 PENDAFTARAN - Klik Link