Salam semua. Terima kasih kerana singgah di teratak blog ini. Nama gelaran ghaib atau spiritual saya yang telah di ijazahkan oleh Kanjeng Sunan Kalijaga dan telah dibuat penyatuan oleh saya pada Disember 2022. Terima kasih saya ucapkan kepada Guru Hikmah saya, Gus Faqeh Al-Quddusi An-Naqsyabandi, yang telah membuat permohonan nama gelaran ini. Alhamdulillah.

Nama gelaran ghaib atau spiritual saya telah di ijazahkan oleh Kanjeng Sunan Kalijaga dan telah dibuat penyatuan oleh saya pada Disember 2022. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Guru Hikmah saya, Gus Faqeh Al-Quddusi An-Naqsyabandi, yang telah membuat permohonan nama gelaran ini. Alhamdulillah.

Menurut beberapa Mak Bidan yang pernah admin jumpa, Admin berketurunan dari Puteri Saadong, lagenda Hikayat Melayu Kelantan.

Ada seorang tukang urut perempuan dari Indonesia, tapi menetap di Pahang, pernah scan admin. Menurutnya admin mempunyai susur galur keturunan Sunan Gunung Jati, dan ada bau bau bachang dengan Tok Ku Paloh Hinai

Update (2023)

Semasa saya ziarah seorang guru tua di Pasir Puteh Kelantan, Tok Ayah Tok Ku Panjang namanya, beliau telah scan saya dan mengatakan saya berketurunan dari adik beradik Tok Selehor / Tok Selehong, wali Allah yang sangat popular dari Kelantan itu (makamnya di Tumpat Kelantan), dari jurai / sebelah ibu saya. Adik beradik Tok Selehor iaitu dari perempuan yang nombor dua. Siapa tahu namanya apa? Cuba komen di bawah ..... hehehehehehee



Al-Fatihah buat semua keturunan saya. Semoga saya dan seluruh kaum kerabat di rahmati, di lindungi Allah sentiasa. Kun Fayakun, bi iznillah. 


Tiada apa kebanggaan pun dengan keturunan ni. Hanya iman dan taqwa yang Allah tentukan.

Semoga Allah meredhai saya dan keturunan saya, serta menghimpunkan kami dengan para kekasihNya, di dunia dan akhirat. Aamiin.



Layari Channel Youtube :

https://www.youtube.com/@AhliSolawat


Blog Minisite :

https://ahlisolawat.blogspot.com/


Blog :

https://loveselawat.blogspot.com/


Facebook :

https://www.facebook.com/loveselawat


TikTok :

https://www.tiktok.com/@loveselawat


Linktree :

https://linktr.ee/loveselawat





Kedua orang putera Admin.

Masing-masing berumur 4 tahun (sebelah kiri), dan umur 6 tahun (sebelah kanan), pada tahun 2022.

Nik Ahmad Umar. Nik Ahmad Adam.

Semoga kedua-dua anak jate Abi ini menjadi anak yang soleh, ahli zikir, ahli solawat, pejuang Islam yang kental dalam menyebarkan dakwah ke seluruh dunia, dan menjadi hamba Allah yang di kasihi dan dilindungi Allah sentiasa.

Amin.

Semoga Allah merahmati Ki Faruq Al-Jabbar.

Semoga Allah merahmati Pendita Alam Al-Quddusi.