Quantum Metal Mahu Lebar Sayap Ke 60 Negara


Khong Soon berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Quantum Metal di George Town

GEORGE TOWN: Syarikat pelaburan emas patuh syariah, Quantum Metal Sdn Bhd (Quantum Metal) menyasar untuk melebarkan sayap ke 60 negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengasasnya, Datuk Lim Khong Soon, berkata ketika ini Quantum Metal sudah bertapak di 13 buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand.

"Pencapaian itu sekali gus menunjukkan bahawa syarikat kini berada pada landasan yang tepat bagi memenuhi sasaran untuk melebarkan sayap ke 60 negara dalam tempoh dua tahun ini ke negara yang mempunyai ramai penduduk.

"Setakat ini sambutan di negara yang kami sudah bertapak sangat baik, sebab itu kami mahu terus melebar luas Quantum Metal," katanya kepada Bernama selepas Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Quantum Metal.

Menurutnya, ketika ini Quantum Metal mempunyai kira-kira 40,000 perunding dan lebih 400,000 ahli berdaftar di seluruh negara dengan antara 2,000 hingga 3,000 ahli baharu mendaftar dengan syarikat itu setiap hari.

Sementara itu, Khong Soon berkata, Quantum Metal juga komited membantu seramai mungkin rakyat Malaysia untuk keluar daripada belenggu masalah kewangan di bawah penyelesaian pemulihan ekonomi terutamanya pada tahun ini berikutan jangkaan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Beliau berkata, syarikatnya juga mahu mendedahkan kepentingan atau nilai sebenar emas kepada masyarakat bahawa ia bukan sekadar untuk disimpan sebagai pelaburan, tetapi boleh ditunaikan serta digunakan bagi perbelanjaan harian.

"Kami memperkenalkan inisiatif produk jual beli dan penyelesaian pemulihan ekonomi melalui emas yang patuh syariah malah pengenalan inisiatif berkenaan sebagai satu usaha untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi semua pihak," katanya sambil menambah ia sekali gus akan memberikan ruang kepada lebih ramai masyarakat untuk mendapatkan emas serta pulangan daripada pelaburan itu.

Menurutnya, pelaburan dalam emas akan dapat memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat secara amnya untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing di samping menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.

- BERNAMA

 

Sumber : Berita Harian

Januari 29, 2023 @ 7:25pm



Admin nak jemput tuan/puan untuk join wasap group 


📌 Call / Whatsapp : 
013-413 8542


📌 PENDAFTARAN - Klik Link