Nama kita adalah ayat mantra/doa bagi kita. Apabila nama kita dipanggil beribu dan berjuta kali ia akan berubah menjadi sebuah mantra dan vibrationnya akan mula berendam dalam badan, roh dan aura kita, ia akan mula mengubah perjalanan kehidupan kita.
Jika getaran (vibration) yang keluar dari nama itu kuasa baik (positive energy), pemilik nama tersebut akan hidup sihat, mewah, rajin, baik hati, cantik, pemurah dan dapat semua yang terbaik dalam kehidupannya dan sebaliknya jika getaran (vibration) yang keluar dari nama itu tidak baik (negative energy).
Nama panggilan alam ghaib sebenarnya penting bagi setiap orang manusia. Nama yang digunakan untuk panggil dan ertinya akan membentuk setting minda ke arah positif, masa depan, kehidupan, ekonomi, kesihatan dan perangai seseorang.
Perangai seseorang boleh berubah kerana nama contohnya anda boleh perhatikan orang yang bernama Yusuf lebih lembut, orang yang bernama Omar lebih garang, dan sebagainya.
0 Ulasan