Apakah data alam ghaib diri?
Data alam ghaib diri adalah dimana setiap manusia yang belajar mengenai ilmu kebatinan atau mistik pasti akan mempunyai gelaran di alam sana, dari pangkat rakyat biasa sehinggalah ke raja seperti sistem kehidupan manusia.
Setiap gelaran nama dan pangkat bukan diberikan oleh diri tetapi dari sistem pemerintahan alam ghaib.
Data alam ghaib diri yang telah diperiksa pada Rijalalul Ghaib penjaga daftar pendaftaran diri, lebih kurang mcm pejabat pendaftaran dunia la. Tapi bezanya dicatat pada sebuah buku besar dan dijaga oleh sesusuk makhluk Rijalalul Ghaib berjubah. Bukan setiap masa dapat kita bertemu dengannya walaupun melalui kasyaf penglihatan batin. Kerana hanya pada masa tertentu sahaja dapat berjumpa dan bertanya beliau dengan memberikan nama penuh kita berbintikan ibu untuk diperiksa beliau.
Dalam data alam ghaib diri akan diperiksa
NAMA/GELARAN:
Nama diberikan kepada kita oleh sistem alam ghaib atau raja alam ghaib pemerintah negeri/negara/kepulauan/daerah/jajahan/kerajaan yang kita tinggal.
Contohnya seseorang itu diberikan gelaran Laksamana Putra Jawa dari kerajaan Langkasuka dari jajahan daerah Bareng di Jawa dan sekarang telah dinaikkan pangkat gelaran menjadi Haji Laksamana Putra Jawa.
PANGKAT:
Setiap orang mempunyai pangkat tersendiri dari rakyat sehingga ke raja, dan setiap pangkat akan mempengaruhi kehidupan seharian secara tidak langsung dan keilmuan diri.
PAKAIAN:
Pakaian adalah warna yang dipakai anda saat di alam sana, dan setiap orang mungkin melebihi satu warna pakaian/persalinan.
SENJATA GHAIB:
Senjata adalah yang digunakan anda di alam sana. Ia juga mampu digunakan seseorang yang kasyaf dan tahu teknik mengeluarkan senjata ghaib bagi kegunaan seperti jurus, perubatan, pemusnah khodam dan saka serta lain-lain.
KERAJAAN:
Kerajaan adalah dimana anda menjadi rakyatnya dengan pangkat tertentu, dari kerajaan mana dan daerah mana yang berkaitan dengann anda.
KHODAM PENGIKUT:
Khodam pengikut adalah jumlah khodam yang mengikuti kita di alam sana bergantung kekuatan ilmu kita dan pangkat kita di alam sana tidak termasuk khodam yang telah kita takluk dan tarik. Hanya khodam pengikut atau khodam pendamping diri sahaja.
Sebagai contoh pangkat Laksamana dan mempunyai 500,000 khodam tentera bawahan dari kalangan Laksamana bawahan sehingga ke panglima dan pendekar. manakala khodam isian barang dan khodam taklukan seperti dewa/harimau/naga/haji/tuan guru besar dan lain-lain jenis adalah berbeza kerana mereka diperolehi dgn cara tarik dan takluk negara melalui perang ghaib (bagi yg kasyaf) bukan didapati dari pemberian raja pemerintah alam ghaib anda.
RAJA PEMERINTAH:
Raja pemerintah adalah raja yang memerintah negara/kerajaan yang kita duduki.
KELEBIHAN:
Kelebihan adalah kebolehan kita di alam sana. Contohnya seperti perubatan. Bererti kita mampu berubat di alam sana dan di alam sini lebih baik dan mudah untuk kita mempelajari ilmu perubatan atau bermain keris, bererti lebih mudah jika kita berlajar bermain keris atau telah mempunyai bakat dalam permainan keris di alam sini seperti juga di sana.
KHODAM PEMERINTAH KANAN:
Khodam pemerintah kanan adalah nama ketua khodam bawahan yang menjadi orang kanan kita di alam sana bagi memerintah tentera bawahan kita atau pun sebagai pendamping kanan kita di alam sana.
0 Ulasan